Hye !!!

Hye !!!
Smile ^_^

Ahad, 18 Mei 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Isnin, 5 Mei 2014

Ape itu Macrobachium Rosenbergiii ???

Ahhha!!! Meh nk share ckit ttg kajian yg sy dh buat bru2 ni ttg Macrobachium Rosenbergii.. Hikkkss!!! Msti tertanya2 apekah mende alah tu kan..Hahaha nme dye sgt2 la best tp sbnrnya Macrobachium Rosenbergii tuuu adalahhhhhhhhhhhhh UDANG GALAH!!! Hahahha. Sedapnya udg galah kn.. Hukkks!! Haa kajian ni sy n kwn2 bt kat Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan.. Mmg dkt je ngn KL. Tp bla dh sampai Kuala Pilah,, pnye laaa jauh nk masuk ke dlm Kg 2.. Naik teksi abis laa RM40 ..Hahha,,nsib bek share 4 org,,klau x??? Xmkn laaa!! Huhuhu.. 
Orait,,
Meh nk ctew...
Macrobranchium Rosenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar yang paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini.  Udang Galah tergolong di dalam keluarga Palaemonidae  dan Marga Macrobrachium iaitu organisma beriklim tropika dan kawasan air tawar yang belum tercemar.  Udang Galah mempunyai sifat omnivor dan lebih cenderung aktif pada waktu malam. Selain itu, Udang Galah merupakan udang air tawar yang mempunyai ukuran terbesar jika dibandingkan dengan udang air tawar yang lain. Oleh hal yang demikian, Udang Galah dikenali sebagai Giant Freshwater Shrimp. Udang Galah mempunyai dua habitat yang berbeza iaitu di mana pada peringkat awal larvanya akan hidup atau membesar di dalam kawasan yang mempunyai air payau sedangkan semasa Udang Galah meningkat dewasa ia akan berpindah ke dalam kawasan air tawar.
Bagi mencapai tahap kematangan, Udang Galah akan hidup secara relatifnya sekitar lima sehingga enam bulan. Malah, menurut Holthuis (1980) dalam Hadie et.al. (2001) mengatakan bahawa Udang Galah mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu dari aspek filum, udang galah  dikenali sebagai Arthropoda, seterusnya udang galah termasuk dalam kelas Crustacea. Jika dinilai dari aspek bangsa Udang Galah mempunyai bangsa Decapoda. Udang Galah mempunyai badan yang beruas-ruas ataupun bersegmen yang diliputi kulit yang keras. Badan udang pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama iaitu terdiri daripada kepala dan dada yang dipanggil sebagai cephalothorax. Badan  dikenali juga sebagai abdomen dan ekornya dalam nama saintifiknya iaitu uropoda. Di bahagian hadapan kepala Udang Galah terdapat bonjolan yang dikenali sebagai rostrum di mana mempunyai bilangan gigi 11 sehingga 14 di bahagian atas dan 8 hingga 10 di bahagian bawah. Ketika dewasa Udang Galah mempunyai ukuran badan yang boleh mencecah antara 25 sehinggalah 32 cm dengan jumlah berat badannya iaitu 100 sehingga 300 gram seekor.
Jika dilihat secara rawak, Udang Galah mempunyai warna yang sangat unik di mana badannya berwarna kebiru-biruan tua dan keungu-unguan.  Peringkat kematangan telur induk Udang Galah sebelum menetas boleh dibezakan melalui perubahan warna telur di bawah abdomen Udang Galah. Terdapat tiga peringkat warna telur udang galah iaitu warna coklat kehitaman yang mana telur baru berusia dalam masa satu hingga dua hari. Jika telah mencapai empat hingga enam hari telur Udang Galah akan berubah menjadi warna coklat kekuningan,. Manakala, apabila mencapai hari ke-10 sehingga hari ke-12, warna telur Udang Galah akan berubah menjadi warna kuning oren.  Selain itu, Udang Galah sememangnya sangat suka akan kegelapan malam. Oleh hal yang demikian, Udang Galah disifatkan sebagai binatang noktural iaitu binatang yang paling aktif  bergerak pada waktu malam manakala pada waktu siang Udang Galah lebih suka bersembunyi di sebalik batu-batuan, rimbunan daun yang terdapat di dalam air dan apa-apa jua objek atau hidupan  lain yang berada di dasar air.
 Udang galah juga merupakan haiwan asli kawasan Indo-Pasifik,  iaitu kawasan antara benua India, Bangladesh, Republik Myanmar, Sri Lanka hingga ke Indo-China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan kepulauan Pasifik Selatan. Di Malaysia, Udang Galah tersebar secara meluas atau dalam erti kata yang lain boleh hidup di dalam air tawar dan payau, takungan-takungan air, terusan pengairan, bekas-bekas lombong dan juga di beberapa kawasan sawah padi. Menurut Ling dan Costello (1979), Malaysia merupakan tempat lahir penternakan Macrobrachium Rosenbargii dan sehingga 1976, Malaysia masih lagi mendahului negara-negara Asia yang lain di dalam bidang penternakan Udang Galah. Kenyataan yang dikeluarkan ini berdasarkan kejayaan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang pada tahun 1961 yang menemui paras saliniti yang tertentu yang merupakan keperluan asas untuk larva Marcrobrachiu Rosenbergii hidup membesar pada peringkat awal kehidupannya.  Dalam tempoh 10 tahun kemudian, minat dalam penternakan udang galah telah tersebar ke seluruh dunia di mana kerja-kerja penyelidikan dan pengembangan telah bermula secara praktikal di seluruh Asia dan negara-negara timur, di beberapa wilayah Oceania dan Micronesia. Walau bagaimanapun menurut Shang (1982), pada masa ini Thailand dan diikuti oleh Taiwan serta Hawaii telah mendahului negera-negara lain di dalam penternakan Udang Galah secara komersial. Udang Galah sesuai diternak di dalam tangki yang diperbuat daripada bahan  non-toksik seperti fiberlgass (FRP), polyethylene (HDPE), kanvas dan tangki konkrit berkapasiti.
Menurut Ling dan Merican (1961), telah melaporkan bahawa semenjak awal tahun 1960  lagi populariti Udang Galah telah meningkat dengan pesatnya dan  seterusnya menjadikan permintaan melebihi daripada bekalan yang diperolehi daripada kawasan semulajadi. Lee (1982) telah menyatakan bahawa disebabkan nilai komersialnya yang tinggi, amalan sebelum ini seperti menangkap Udang Galah secara intensif daripada kawasan-kawasan semulajadi haruslah diubahsuai. Di samping itu juga, beliau menyatakan juga bahawa permintaan bagi Udang Galah ini di Malaysia semakin meningkat semenjak dari tahun 1972 sehinggalah kini. Manakala, bekalannya kini semakin tidak seimbang dan menurun. Oleh sebab itulah, penternakan udang galah mendapat perhatian dalam perusahaan akuakultur pada masi kini. Hasil tangkapan di habitat-habitat semulajadi untuk Udang Galah tidak cukup untuk menampung kepesatan permintaan terhadapnya pada hari ini. Tambahan pula, pencemaran atau apa-apa juga sebarang aktiviti yang telah menyebabkan kerosakan pada habitat semulajadinya telah menyumbang kepada kesan kemerosotan hasil tangkapan Udang Galah.  Oleh hal yang demikian, satu pendekatan yang baharu telah dilakukan atau satu mekanisme pengeluaran yang teratur dan terkawal telah dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi menggalakkan pembangunan kolam-kolam  ternakan Udang Galah agar dapat membekalkan hasil ternakan bagi menampung jumlah permintaan yang semakin tinggi di pasaran tempatan malah, kian berkembang pesat untuk di eksport ke luar negara.
Menurut Cheahetal (1987) melaporkan bahawa Udang Galah kini merupakan spesies penting di dalam akuakultur air tawar.  Manakala Ong (1985) menyenaraikan spesies ini sebagai keutamaan di dalam ternakan air tawar di Malaysia. Sebenarnya minat di dalam penternakan secara komersial terhadap Udang Galah telah meningkat secara mantap semenjak penternakan udang secara besar-besaran. Teknik larvikulturnya telah diubahsuai untuk pengeluaran pasca larva secara besar-besaran (Fujimura, 1966) yang mana dengan ini membolehkan ternakan Udang Galah dijalankan secara komersial di kawasan kolam ternakan. Di Malaysia umpamanya, penghasilan Udang Galah daripada kolam-kolam tumbesaran mencapai sekurang-kurangnya 710 kg/ha/pusingan atau 2130 kg/ha/tahun (Tiensongrusmee, 1983). Manakala Ang (1987) menyatakan bahawa pengeluaran daripada kolam-kolam semi-intensif antara 701.4 kg/ha sehingga 993.2 kg/ha. Sehingga kini, kaedah-kaedah pengeluaran anak benih Udang Galah dan teknik-teknik pemeliharaan larva dan pasca larva telah banyak dilaporkan dengan jayanya di Malaysia ( Ling dan Merican,1961; Ling,1962, 1969 ; Cheah dan Ang, 1979 ; Ong dan Pang, 1982 ; Lee , 1982 ; Aniello dan Singh, 1982 ; Ong, 1983 ; Ang dan Cheah, 1 98 6; Hambal , 1 9 8 6 serta Anget 81,19 89b). Begitu juga pemeliharaan dan penghasilan di kolam-kolam tumbesaran dari beberapa aspek telah juga dilaporkan oleh beberapa penyelidik di Malaysia antaranya ialah Ling (1962,1969), Lee dan Barlow (1977), Ong dan Pang (1982), Tiensongrusmee ( 1983 ) , Ang ( 1987 ) serta Angeta1, (1989).
Namun begitu, terlalu sedikit kerja-kerja penyelidikan pada peringkat semaian yang dilaporkan di Malaysia. Sehingga kini hanya Chin et al. (1990) melaporkan secara khusus hasil penyelidikan menggunakan sangkar semaian ke atas ternakan Udang Galah. Manakala, beberapa laporan lain hanya menyatakan secara ringkas mengenai teknik-teknik semaian yang digunakan iaitu menggunakan tangki semaian (Ong dan Pang, 1982) dan kolam semaian (Lee, 1982, Tiensongrus.ee, 1983). Terdapat beberapa jenis Udang Galah yang unggul telah dihasilkan melalui beberapa teknik pembiak yang terkini. Ini merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Lembaga Perikan Malaysia dan Jabatan Perikanan dalam memenuhi hasrat untuk menghasilkan lebih banyak bahan makanan. Perkembangan penternakan Udang Galah dianggap lebih baik daripada penternakan ikan air tawar dan udang jenis lain. Anggaran telah menunjukkan permintaan terhadap Udang Galah semakin meningkat dari setahun ke setahun. Malah menurut FAO, statistik menunjukkan bahawa sehingga tahun 2010, dunia akan mengalami kekurangan hasil pengeluaran Udang Galah iaitu sebanyak 2 juta tan/tahun. Jumlah permintaan ini sukar dipenuhi sekiranya bergantung kepada hasil tangkapan laut semata-mata, sebaliknya memerlukan usaha penternakan secara besar-besaran di kolam-kolam penternakan.
Industri penternakan Udang Galah mengalami penurunan disebabkan kekurangan maklumat terkini tentang teknik pemeliharaan dan penghasilan Udang Galah yang bermutu tinggi. Namun, kejayaan Lembaga Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan pada tahun 2001 dalam menghasilkan Udang Galah yang berkualiti tinggi iaitu Udang Galah  GIMacro (Genetic Improvement of Macrobranchium Rosenbergii). Pertumbuhan Udang Galah GIMacro lebih cepat dan peratusan karapasnya lebih rendah berbanding dengan Udang Galah tempatan dan kandungan isinya yang lebih banyak. Kegiatan penternakan Udang Galah sudah agak lama diusahakan di Malaysia. Namun demikian, kajian hanya menunjukkan usaha penternakkan udang galah telah mula diusahakan di Malaysia telah bermula sejak akhir tahun 50-an iaitu pada 1969, menurut pendapat yang diketengahkan oleh Ling, S.W.
Pengusahaan Udang galah ini telah diusahakan hampir di setiap negeri di Malaysia iaitu merangkumi beberapa daerah di negeri Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada usaha penternakan masih mengamalkan kaedah tradisional. Kaedah tradisional yang dimaksudkan adalah penternakan Udang Galah yang bergantung kepada makanan semulajadi dan kepadatan penebaran yang rendah dan usaha semi intensif iaitu makanan buatan sebagai makanan tambahan dan penebaran dalam skala yang sederhana.  Udang galah mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan ternakan akuatik yang lain. Apa yang selalu menjadi persoalan dalam masyarakat umumnya, mengapa seseorang petani atau individu tersebut berminat untuk berkecimpung dalam mengusahakan penternakan Udang Galah.
Antara kelebihan mengusahakan penternakan Udang Galah ialah Udang Galah mempunyai kadar tumbesaran yang lebih cepat. Di kolam ternakan komersial, Udang Galah yang telah mencapai peringkat belia dikenali sebagai post larvae. Udang Galah akan diternak selama tiga hingga enam bulan. Namun begitu, seawal tiga bulan sebahagian daripada Udang Galah dewasa yang telah mencapai berat 30 gram seekor, sudah pun boleh diasingkan dan dijual untuk memenuhi permintaan domestik. Apa yang paling menarik tentang penternakan Udang Galah ini ialah Udang Galah mempunyai daya tahan daripada mendapat serangan penyakit. Serangan penyakit yang serius jarang berlaku dalam ternakan udang, lebih-lebih lagi jika prosedur-prosedur diikuti dengan ketat dan teratur. Tambahan pula, Udang Galah juga mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan harga yang stabil di pasaran tempatan mahupun di peringkat global seiring dengan peningkatan dalam permintaan makanan.
Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan perikanan Malaysia, harga di ladang bagi Udang Galah pada tahun 2004 adalah sebanyak RM 25 bagi sekilogram. Manakala pada tahun 2007 harga bagi sekilogram Udang Galah terus meningkat kepada RM 38 bagi sekilogram. Selain itu juga, harga bagi Udang Galah yang masih hidup dijual antara RM 40 hingga RM 45 bagi setiap sekilogram. Hal ini berikutan permintaan yang sentiasa meningkat daripada pengguna dalam negeri mahupun di luar negara. Pengeluaran udang dunia pada tahun 1991 adalah berjumlah 26594 tan metrik dan melonjak kepada 157 184 tan metrik pada tahun 2007. China menjadi pengeluar utama Udang Galah dunia dengan anggaran sebanyak 280, 000 tan metrik diikuti oleh India dan Thailand 35, 000 tan metrik setiap masing-masing. Negara-negara lain yang turut menjadi pengeluar Udang Galah di dunia termasuklah Taiwan, Bangladesh, Vietnam dan Malaysia. Manakala pengeluaran Udang Galah di Malaysia pula telah melonjak kepada 1338 tan metrik daripada 145.10 tan metrik, dalam tempoh yang sama iaitu bagi tahun 1991 dan 2007.
Udang Galah turut termasuk di dalam spesies ternakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), dengan sasaran 10 000 tan metrik  bagi tahun 2014. Namun begitu, pengeluaran Udang Galah di Malaysia masih belum memenuhi permintaan domestik dan sudah tentu belum lagi mencapai tahap eksport. Ini bermakna banyak lagi kolam-kolam ternakan komersial perlu dibuka sama ada di dalam skala yang kecil atau skala yang lebih luas, untuk memenuhi keperluan domestik dan eksport yang terbuka. Selain daripada akuakultur, Udang Galah juga menjadi  semakin penting sebagai produk eko-pelancongan negara seperti mana yang terdapat di Sungai Rompin, Sungai Muar, Sungai Sedili, Sungai Mawai, Sungai Pahang, Sungai Linggi dan Sungai Timun. Tempat-tempat ini telah menarik kehadiran kaki pancing dan penggemar Udang Galah untuk berkunjung ke kawasan tersebut.
Agensi kerajaan khususnya melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil langkah yang yang proaktif dalam usaha mengekalkan penternakan  Udang Galah. Pusat-pusat penetasan dan pengeluaran udang secara aktif telah mengeluarkan benih udang untuk ternakan dan untuk dilepaskan ke perairan umum. Langkah ini bertepatan dengan langkah kerajaan dalam menambahkan stok Udang Galah di perairan negara. Pada tahun 2003, dianggarkan sebanyak 970, 000 ekor benih Udang Galah telah dilepaskan ke perairan umum di Malaysia. Jumlah ini telah meningkat kepada hampir 2.5 juta ekor benih Udang Galah pada tahun 2005. Langkah pemuliharaan wajar ditingkatkan dan dilaksanakan secara lebih berkesan dan efektif bagi mengekalkan kehadiran Udang Galah di perairan Malaysia. Aktiviti pengurusan sungai melibatkan masyarakat dapat meningkatkan kesedaran orang ramai dalam usaha pemuliharaan sumber perikanan di samping menjana sumber ekonomi penduduk tempatan.
Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM 15/kg pada akhir tahun 80’an kepada sekitar RM 25/ kg sekarang (2000).  Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM 40 bagi setiap kg udang hidup.  Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi.  Ini dijangka oleh peningkatan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar).  Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya ramai penternak ikan menukar kepada udang galah.  Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah.  Terdapat juga program pembangunan pertanian kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies mascot atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing.  Sebuah ladang akukultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport.  Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara asia termasuk juga Malaysia.

            Selain untuk pasaran segar tempatan (hidup,mati), udang galah juga mampu untuk dieksport. Sehingga kini eksport udang galah Malaysia hanya kepada singapura dalam bentuk segar (mati, hidup) dan sedikit ke jepun.  Masalah utama mengapa industry hiliran udang galah tidak berkembang di Malaysia adalah kerana kurangnya kepercayaan oleh syarikat-syarikat besar akan potensi industri ini.  Memanglah industri berkaitan pertanian mempunyai risiko yang tinggi tetapi sekiranya ia dilakukan dengan teratur dan penuh kepakaran maka masalah kerugian dapat dikurangkan.  Penceburan diri dalam bidang pembenihan, ternakan dan pemprosesan udang galah ini memang memerlukan pelaburan besar yang tidak mampu ditanggung oleh penternak sambilan atau pengusaha kecil.  Pihak swasta besar bolehlah membina kilang pemerosesan di samping operasi pembenihan dan ternakan manakala pihak penternak kecilan dan sederhana dapat membantu dalam penghasilan benih dan udang dewasa secara berterusan untuk diproses oleh kilang tersebut.

Hammmbeeekkk!! Gila pnjg kn?? Huhu.. Smoga Muntah baca bende ni.. Hahah.. bg yg nk ilmu pgetahuan or nk bt esaimen ttg udg galah ni blh laa bca mnde ni.. Huhuhu.. FULL STOP.. Lebbiuuu mmmuahh stepek!!

Haaa ni laa udg galah yg sy snap mse wat kajian tuu.. udg galah ni ade telur... Hikksss!!